Saturday, November 19, 2011

Tips Memilih Kasut Sukan


Tahukah anda 90 peratus manusia menggunakan kasut tidak sesuai dengan saiz serta keadaan kaki. Tahukah anda juga secara purata seorang manusia akan berjalan empat kali pusingan dunia seumur hidupnya. Oleh itu pemilihan kasut yang sesuai amat penting untuk memelihara kaki di samping dapat menyerlahkan penampilan anda.Berikut adalah Tips yang dapat membantu anda untuk memilih kasut sebelum anda membelinya agar kaki anda selesa dan terpelihara ketika memakainya.
  1. Beli kasut pada waktu petang/malam coz pada waktu nie seluruh otot kaki mengembang & membesar sedikit.
  2. Sarungkan kasut pada kedua-dua belah kaki ya..pastikan kasut tak menghimpit kaki. Berdiri tegak & cuba jalan.
  3. Pilih kasut yang sesuai dengan aktiviti. Kalau nak bersukan tu mestilah pilih kasut sukan kan? takkan nak pakai high heels kot..cari penyakit namanya tu.
  4. Pilih kasut yang yang berkusyen tebal & diperbuat daripada bahan ringan bagi meminimumkan kecederaan. 
  5. Kalau nak cari kasut untuk aktiviti berjalan kaki / jogging, pilih kasut yang berlapik tebal utk menahan hentakan tumit dengan tanah.
  6. Patikan tumit kaki dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut.
  7. Jangan pilih kasut yg dirasakan ketat. Walaupun ada yang kata lama2 kaki akan biasa tetapi hakikatnya boleh menyebabkan kaki sakit dan melecet.
  8. Kasut yg selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat & kemas, tumit tak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil.
  9. Jangan terpedaya dgn promosi & tawaran kasut murah sehingga mengabaikan faktor keselesaan & ciri2 kasut yg diingini.
  10. Ketahui materialnya. Pastikan material tu membenarkan kaki bernafas seperti kulit.

membeli kasut yang bertumit tinggi bagi wanita… memakai kasut tumit yang lebih dari 3 inci akan nampak (maap cakap) tonggek….macam semut tonggek..!! yang ni ada larangannya sebab menyerupai wanita jahiliah yang boleh menggoda perasaan lelaki…  “…dan janganlah mereka menghentak-hentak kaki mereka (semasa berjalan) bagi mendapatkan perhatian orang/berlenggang-lenggok bertumit tinggi Firman Allah Taala dalam surah an-Nur: ayat 31.

No comments:

Post a Comment