Saturday, December 3, 2011

Doa-Doa

Doa Dijauhkan Sifat-Sifat Keji

Doa Dijauhkan Sifat-Sifat Keji

Doa Mohon Dimudahkan Segala Urusan & Hajat
Doa Mohon Dimudahkan Segala Urusan & Hajat 

The Bata journey

Wanita: Kasut Tumit Tinggi, Selamatkah?

Trend kasut tumit tinggi kini semakin menjadi-jadi, kerana wanita wanita percaya memakai kasut tinggi membuatkan mereka kelihatan elegan dan berkeyakinan. Tetapi mereka tidak tahu akan bahaya yang mengundang daripada pemakaian kasut tumit tinggi.

Menurut BBC News, trend kasut tumit tinggi yang semakin popular bakal menjadi penyebab utama penyakit arthritis (sakit sendi) di kalangan wanita UK selepas obesiti. Hasil survey yang dijalankan menunjukkan 1/4 wanita daripada keseluruhan 2000 responden mengenakan kasut tumit tinggi sebagai pakaian wajib yang dipakai hampir setiap hari.
LONDON: Tindakan memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, mengikut kajian yang disiarkan Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbangbsetiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko."
Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak sejak selebriti termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson, mula memakainya.
Berikutan Minggu Fesyen London yang bermula, model Agensi Miu Miu dan Mourets dijangka menguasai pentas peragaan dengan mengenakan kasut bertumit tinggi. Namun, Moy sebaliknya memberi amaran, reka bentuk terbaru itu juga boleh membuatkan rambut gugur. Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut buncit.
"Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara tubuh anda dicipta untuk bekerja," katanya.
Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.